PENGALAMAN MEMASUKI GIAT MARA

   Assalamualaikum dan hai saya ucapkan. Jadi harini saya akan mengambil peluang untuk menceritakan serba sedikit pengalaman saya menyertai program giat mara di sebuah pusat giat mara di kuala terengganu. Saya bercadang untuk memasuki program ini hanyalah kerana ingin mengisi masa lapang saya sementara menunggu result spm sy keluar serta minat saya dalam mamasak. Tempoh program ini selama 6 bulan dan diberikan elaun bulanan 200. Oleh kerana minat saya yang mendalam dalam masakan, saya telah menyertai program kulinari di giat mara tersebut.

  Cadangan untuk memasuki program giat mara ini ialah daripada ibu kesayangan, dan oleh kerana tidak mahu meghampakan beliau, saya pun sertailah program kulinari tersebut walaupun minat ada cuma skill tu kurang sikit huhu. Ok nk dijadikan cerita saya pergilah ke giat mara tersebut untuk interview pada mulanya selepas melihat iklan kemasukan ke giat mara tersebut. Saya pergi dengan ayah saya masatu, pakai hensem2 walaupun tak berapa hensem dan pergilah ke interview dengan harapan yang tinggi untuk berjaya. Antara soalan yang ditanya ialah pernah memasak ke sebelum ini ? kenapa minat untuk masuk program ini ? dan ape ntah lagi tak ingat dah. Saya jawab jujur. Saya jawab saya pernah masak, masak megi. hm ok latu pengalaman jugak masak megi.

  Seminggu selepas interview kalau x silap, dapatlah call diberitahu berjaya memasuki program tu.. Wahh excited dapat masuk..fikir main masak2 je..bleh la masak mende lain selain megi selepas ni. jadi sebabkan excited tu, first day saya masuk tu..saya datang awal sejam huhu, bukan apa.. tmpat giat mara tu agak jauh dari rumah..disebabkan takut x sempat, saya datang la awal sikit. sikit latu sejam. Saya pergi dengan moto..merempit la pagi2 dengan angin pagi yang sejuk ..best gak . sejuk je merasa ekon semulajadi.

  First day tu biasala..suai kenal antara satu sama lain..dengar taklimat..pelantikan pengerusi..yang buat saya terkejutnya..saya yang dilantik menjadi pengerusi hahaha..dalam hati saya..hm hancurla giat mara ni aku jadi pengerusi..then happy la sebab dapat kenal dengan orang baru..muka gengster hisap tu hisap ni tapi baik gila. Ni la dikatakan dont judge a book by its cover. Diorang sangat baik dengan saya dan banyak menolong saya.  Terima kasih kawan2. Cikgu yang mengajar pulak memang sporting. Ok lah hari2 seterusnya , mcm biasalah memasak..dan yang anda perlu tahu program kulinari ni.. bukan memasak je..tapi menjaga kebersihan tempat kita memasak..kbesihan sebelum dan selepas memasak.. semua tu memang sangat penat tapi sangat best sebab ada rakan2 kita . Giat mara ini jugak banyak buat program sebenarnya berdasarkan kos.. bagusla bagi mereka yang nak mempraktikkan diri dalam sesuatu kemahiran.

  Ok lah setakat tu sajalah perkongsian saya.. rasenye dah panjang..apepun saya bersyukur dengan pengalaman yang diberikan. kalau sesapa nak masuk giat mara..masuklah..tak salah mengambil pengalaman. setakat itu sahaja daripada saya..Minta maaf kalau ada typo2 tu huhu..ok lah..Assalamualaikum dan byee .

Ulasan